Monday, August 22, 2011

GOLONGAN PERTAMA DICAMPAK KE NERAKA


Bismillah... hari ni nak ambil masa sikit untuk kongsi sesuatu dari majalah Solusi isu ke 33 yang kat bawah ni. lama dah nak post cuma masa tak mengizinkan.. Alhamdulillah diberi peluang hari ni. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua..^_^


Lepas baca salah satu entri dari majalah ni baru saya tau, orang baik pun ada penyakit rupanya.. Hayati hadis di bawah:

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seorang yang mati syahid. Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat2 yang pernah diberikan kepadanya. Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.
Allah bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat2 ini?" Orang itu menjawab: "Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh."
Allah berfirman: "Engkau berdusta! Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."
Dan sememangnya orang ramai menyebutnya sebegitu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.
Allah lalu bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat2 ini?"
Dia menjawab: "Aku mempelajari ilmu lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."
Allah berfirman: "Engkau berdusta! Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim, dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz)."
Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan nikmat2 Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya.
Allah bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat2 ini?"
Dia menjawab: "Aku membelanjakannya di tempat2 yang engkau kehendaki."
Allah berfirman: "Engkau berdusta! Akan tetapi engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."
Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."

(HR. Muslim)

Penyakit orang baik yang dimaksudkan dalam hadis di atas ialah Riyak dan Sum'ah. Klik definisi untuk mengetahui maksud kedua-dua perkataan di atas. Semoga Allah melindungi kita dari siksaan api neraka dan mengampunkan segala dosa yang telah kita lakukan samada dalam keadaan sedar atau tidak.. Sama-samalah kita perbetulkan niat amalan kita semata-mata kerana Allah s.w.t

*****

p/s: Bagi sesiapa yang belum pernah belek majalah ni, saya sarankan supaya anda memulakannya. tak kira la isu yang ke berapa sekalipun.. insyaAllah tak rugi beli sebab perisian dalam majalah ni kita boleh baca bila-bila masa dan boleh dijadikan sumber rujukan untuk masa akan datang. wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...