Wednesday, March 30, 2011

MUSIBAH DUNIA..BERSEDIAKAH KITA??

~gambar hiasan~




Kegagalan untuk memahami dan mengambil iktibar merupakan salah satu petanda butanya hati kita.Sebagaimana firman Allah SWT:


“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.” (Surah al-Hajj ayat 46)

Wednesday, March 23, 2011

MARI BERQIAMULLAIL MAC KRU TUARAN


Sahabat-sahabat yang dikasihi,InsyaAllah Qiamullail bulan Mac Kelab Remaja Ukhuwwah Cawangan Tuaran akan menyusul seperti yang tertera di bawah :


Tarikh : 26-27 Mac 2011 (Sabtu hingga Ahad)

Tempat : Masjid An-Nur,Tuaran

Masa : 5.00 pm (Sabtu)-8.00 am (Ahad)

Yuran : RM1 seorang

Keterangan lanjut,hubungi : Saudari Siti Sarah-0198950456


Hati berbunga-bunga menanti Qiamullail kali ini. Kenapa agaknya? Mau tahu?Ayuh sama-sama kita ke Qiamullail KRU Tuaran!!

Sunday, March 20, 2011

SERIBU SATU KENANGAN..


Kalau dengar lagu ni mesti ingat kat sahabat-sahabat seperjuangan..ya Allah,rindunya kat mereka..semoga ukhuwah yang terjalin atas dasar aqidah ni berkekalan hingga ke akhirat kelak..InsyaAllah Islam akan menemui kemenangan satu hari nanti..amiin..^^


"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka,mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh dan terbunuh.Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah?Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan itulah kemenangan yang besar."
(At-Taubah:111)

Sapa-sapa yang masih tak download lagu ni & berhajat untuk download..bole la download kat sini Langkah tercipta-UNIC


Friday, March 18, 2011

MARI BERSAMA KITA AMALKAN..


DOA QUNUT NAZILAH & TERJEMAHAN


أللهم إنا نجعلك فى نحور أعداإنا

ونعوذبك من شرورهم

Ya Allah, Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kamiDan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka Ya Allah,

اللهم بددشملهم وفرق جمعهم

وشتت كلمتهم وزلزلاقدامهم

وسلطعليهم كلبامن كلا بك

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka

يا قهار يا جبار يامنتقم

Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka

يا ألله يا ألله يا ألله

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,

ويامجري السحاب

وياهازمالاٴحزاب

إهزمهم وانصرنا عليهم

Wahai tuhan yang menurunkan kitab, Wahai tuhan yang mengarakkan awan Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab Kalahkan mereka Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka


Tuesday, March 15, 2011

DARI 'SETAN' MENJADI USTAZ

Saya pasti, ramai yang sudah mengetahui akan kisah penghijrahan pelakon Azmil Mustapha daripada kehidupan
yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. Namun, saya mengambil peluang ini untuk berkongsi sesama kita untuk meneliti segala pandangan dan pengalaman yang dihadapinya dalam sepanjang proses penghijrahannya. Semoga kisah ini dijadikan dorangan kepada kita semua untuk melakukan penghijrahan yang serupa. Kisah ini dipetik dari blog WanWMA.
_____________________________________________________________________________

Apabila disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah.


Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama.

Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?

Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya.

Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana?

Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana. Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?

Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga. Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.

Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku. Duduk satu meja pun tak ada. Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini.

Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah. Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC. Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia. Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?

Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar. Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu.

Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak. Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak.

Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan. Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?

Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran.

(Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato’

Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A. Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria.

Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check” ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya.

Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya’.

Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat. Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita. Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia? Azmil Mustafa Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam mana nak cari kerja?”

Saya jawab balik, “Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah.

Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?

Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya. Sekarang kita kongsi raya, kita kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat.

Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini. Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ‘terjajah’. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak.

Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika.

Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.

Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa.

Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat.
Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..

Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar.

Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh.

Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?

Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.

Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada.

Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?

Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri. Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?

Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat.

Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan. Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal.

Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?

Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis

Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

Wallahualam....

sumber:http://salafus-sholih.blogspot.com

Saturday, March 12, 2011

MACAM MANA NAK DAPAT DEAN LIST??

Bismillah..ambil masa sikit lepas subuh ni untuk update blog jap.Tak lama lagi result final exam keluar..entah apa la result ana nanti.Harap-harap kali ni result meningkat..Tapi layakkah??usaha macam tak seberapa..ada hati nak result gempak.Tapi takpa,yang penting ada usaha..Tiba-tiba pulak hari terlintas kat hati nak baca artikel-artikel yang ana save dalam pc ni.Ada la jugak kaitan dengan tunggu result final exam..tapi yang ni dari sudut pandangan lain..rajin-rajinkanlah diri baca artikel ni.agak panjang la jugak tapi insyaAllah bermanfaat untuk kita semua..selamat menbaca...!! ^_^

****

''Eh, ada mesej baru, masuk.''

''Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya perasaan riyak itu merupakan syirik kecil yang tanpa disedari, sering terjadi bilamana...''

''La, mesej pasal agama lagi! Aku dah agak dah, tak habis-habis nak membebel lagi dia ni. Ish, bosan betul laa! Tak de benda lain ke? Malas betul la aku nak layan dia ni, buat rugi masa, jiwa dan tenaga aku je. Baik aku layan benda lain, lagi best. Taklah buang masa aku cam ni.''

Duhai diri, sungguh rugi jika ini yang tergambar di dalam hati dan dibuktikan dengan perlakuan bila ada diantara saudara seislam yang memberitahu tentang ilmu agama.

''Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(Al-'Asr: 1-3)

Terimalah kebenaran itu walau dari manapun datangnya.

''Eleh, cakap macam bagus je, kau pun sama je, tak sempurna. Nak tegur-tegur aku apasal? Sempurnakan diri kau tu dulu, baru layak nak tegur aku.''

Seringkali kita melihat atau mencari ketidaksempurnaan orang yang menegur kita itu dulu baru kita mahu memikirkan mesej yang disampaikan oleh orang tersebut. Itupun kalau kita berlapang hati mahu menerima mesej itu.

Katakan kepadaku, manusia mana yang akhlaknya sempurna selain para rasul dan nabi-nabi yang mana sudah semestinya termasuk juga penghulu sekalian nabi kita, Nabi Muhammad SAW? Nak tunggu manusia yang sempurna akhlaknya wujud di hadapan kita untuk menegur kesalahan kita, baru kita mahu berubah, alamatnya sampai kita berada di liang lahadlah, masih tak berubah. Wahai diri!

''Lantak kaulah, buang masa aku aje!''

Ingatlah, tiap helaan nafas ini, nak tak nak mendekatkan kita kepada detik kematian. Berapa lama sangatlah kita hidup? 100 tahun? Mungkin. Tapi, ingat, tanpa rahmat dan kasih sayang-Nya, tak mungkin kita dapat mengecap nikmat mata, oksigen, kaki, mulut, pendengaran, tangan, sehingga tak terhitung nikmat yang diberikan-Nya kepada kita pada masa ini.

Andai kata, Allah tarik salah satu nikmat, katakanlah mata, mampukah kita melihat, membaca buku untuk menjawab exam, membaca Al-Quran, membaca risalah agama? Pada ketika itulah baru datang rasa menyesal yang tidak sudah kerana tidak mahu menggunakan nikmat itu ketika masih diberi ruang dan peluang oleh-Nya.

''Ya Allah, kembalikanlah aku ke muka bumi, untuk aku membuktikan kehambaanku kepada-Mu.''

Apakah yang telah engkau lakukan ketika hidup dahulu? Ada tak untuk Allah? Untuk Islam?

Dah terlambat. Jika kita sudah dikafankan, dimasukkan ke dalam liang lahad yang hanya sebesar saiz diri kita, hanya sebesar itu rumah kita pada ketika itu, sedangkan semasa hidup dahulu, rumah kitalah yang besarnya mengalahkan gunung juga yang tingginya mencapai langit.

''Mana perginya harta aku yang berjuta-juta itu? Bantu dan temankan aku di dalam kubur yang sempit ini, tolong..''

Tidak sesekali wahai diriku, harta duniawi yang kita kumpulkan itu, tidak dapat menemankan kita di dalam kubur yang lamanya kita berada di dalamnya mungkin lebih lama dari umur 100 tahun yang kita hidup di atas muka bumi itu.

"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) sebagaimana kesabaran rasul-rasul yang memiliki keteguhan hati, dan janganlah engkau meminta agar azab disegerakan untuk mereka. Pada hari mereka melihat azab yang dijanjikan, mereka merasa seolah-olah tinggal (di dunia) hanya sesaat pada siang hari. Tugasmu hanya menyampaikan. Maka tidak ada dibinasakan, kecuali kaum yang fasik (tidak taat kepada Allah)."
(Al-Ahqaf: 35)

"Dan pada hari terjadinya qiamat, orang-orang yang berdosa bersumpah, bahwa mereka berdiam (dalam kubur) hanya sesaat (saja). Begitulah dahulu mereka dipalingkan (dari kebenaran). Dan orang-orang yang diberi ilmu dan keimanan berkata (kepada orang-orang kafir), "Sungguh kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah sampai hari kebangkitan. Maka inilah hari kebangkitan itu, tetapi (dahulu) kamu tidak meyakini(nya)."
(Ar-Rum: 55-56)

"Para malaikat dan malaikat Jibril naik kepada Allah dalam sehari yang ukurannya sama dengan 50 ribu tahun (ukuran manusia)."
(Al-Ma'arij: 4)

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi kemudian (urusan) itu naik (dibawa oleh malaikat) kepadanya dalam satu hari, yang ukuran (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu."
(As-Sajdah: 5)

"Dan mereka meminta kepadamu (Muhammad)agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu."
(Al-Hajj: 47)

Bayangkan, betapa ukuran jangka masa yang amat panjang di akhirat kelak.

"Mereka tinggal di sana dalam masa yang lama."
(An-Naba': 23)

Kenyataannya sekarang, tiga detik saja terkena api, manusia langsung kesakitan.

Setiap manusia akan merasakan betapa sebenarnya hidup di dunia adalah terlalu singkat, bila sudah berada di alam lain. Beruntung kalau balasan itu diberikan kepada manusia beriman, sebab tidak lain itu merupakan kenikmatan yang tiada taranya. Tapi luar biasa ruginya kalau balasan itu diberikan kepada manusia durhaka, sebab tidak lain itu adalah siksaan yang sangat pedih dan sangat lama.

Ingatlah wahai diriku, kita hidup ni ada tujuan, ada matlamatnya. Bukan saja-saja, bukan suka-suka sahaja Allah ciptakan kita.

"Dan Aku tidak menciptakn jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."
(Adz-DZaariyaat: 56)

Kita di wujudkan dari tiada kepada ada. Maka, katakanlah, adakah mustahil bagi Allah untuk membangkitkan kita dari tulang-belulang yang hancur semasa di dalam kubur kepada manusia yang sempurna untuk dihisab di hari penghisaban nanti?

"Dan Dialah yang memulai penciptaan, kemudian mengulanginya kembali, dan itu lebih mudah bagi-Nya. Dia memiliki sifat yang Maha Tinggi di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
(Al-Rum: 27)

"Engkau pernah makan lepat ubi kat restoran secawan kopi?Rasanya sedap!!.."
"Kau yakin ke memang sedap? Pernah rase ke kat situ?"
"Aku pun tak berapa pasti betul ke tak penyataan tu. Tak pernah pulak aku makan, aku dengar cerita dari orang lain je, hehe."

"Laa, cakap macam pernah rase, apa laa kau nie."

Nah, jika kita tak cuba merasai sendiri, bagaimana mungkin kita mengetahui dengan yakin dan pasti seterusnya mengalami sendiri bahawa Islam itu manis, indah? Cubalah belajar untuk memahami ajaran Islam yang datangnya dari Allah, yang Maha Mengetahui akan kehendak dan kelemahan yang dimiliki oleh hamba ciptaan-Nya. Cuma kita yang kadangkala tidak mahu membawa diri kita dekat kembali kepada-Nya.

Dia tahu apa yang kita mahu, apa yang kita gersangkan, tapi mana mungkin kita dapat memperolehinya jika kita tidak minta serta menaati perintah-Nya, disamping menyempurnakan syarat-syarat (berdasarkan Al-Quran dan Hadis) yang telah ditetapkan oleh-Nya untuk kita memperolehi apa yang kita mahu.

"Aku nak belajar kat United Kingdom lepas ni, kalo bleh kat Universiti Oxford, tajaan JPA.''
"Kau dah mohon ke, Adam?"
"Belum lagi, takpe banyak lagi masa.''
"Result kau mesti gempak punye kan? Kalau tak mesti kau tak de angan-angan nak minta."
"Eh tak de la, 2A je. Hehe."
"Haha, 2A je? Aku lagi banyak, 3A. Jangan harap la kau nak dapat, sebab dah la tak cukup syarat, tak mintak pulak tue. Confirm, tak dapatnye."
"Ye ke? Macam tu rupenya ye? Sedihnya aku."

Begitulah perumpamaan hidup ini antara kita dengan Allah, jika kita tidak minta kepadanya, disamping tidak cuba berusaha memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan (melaksanakan hukum-hukum agama berdasarkan Al-Quran dan Hadis), perlukah Allah melayan kita jika kita tak meminta kepada-Nya, tapi kita pergi minta kepada makhluk-Nya? Siapa lagi hebat, makhluk ciptaan-Nya atau Allah Pencipta makhluk tersebut? Fikir-fikirkanlah, wahai diriku.

Jika sewaktu hidup di atas muka bumi ini, cita-cita mahu menjadi seorang chemical engineer, seorang pendidik atau usahawan yang berjaya, bagaimana pula cita-cita untuk hari akhirat nanti? Mahu menjadi ahli syurga atau ahli neraka, wahai diri?

Seimbangkanlah dunia dan akhiratku, wahai diri. Jika ilmu dunia sanggup ku tagih dan ku gapai walau berjuta rintangan menanti di hadapan demi mencapai dean list, bagaimana pula akhiratku? Tidak mahukah aku menjadi dean list juga di sisi Allah?

Ketahuilah bahawa doa itu senjata bagi orang mukmin. Yakinlah bahawa Allah sangat suka hamba-Nya memohon kepada-Nya. Bagaimana kita dapat mengecap nikmat syurga yang mana ada mahar atau bayaran yang bukan sedikit, wahai diriku.

Tapi yakinlah, rahmat Allah terlalu banyak untuk orang yang beriman kepada Allah. Rahmat Allah itu amat dekat kepada orang yang berbuat baik.

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh harap. Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat kebaikan."
(Al-A'raaf: 56)

"Orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka mendapat kebahagiaan dan tempat kembali yang baik."
(Ar-Ra'd: 29)

Andai kata sewaktu kita di atas muka bumi lagi kita sudah give up dalam berusaha untuk memasuki syurga Allah, bagaimana di akhirat nanti? Sewaktu buku amalan dibentangkn di hadapan kita? Adakah diserahkan kepada kita dari sebelah kanan atau kiri?

"(Ingatlah), pada hari (ketika) Kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya, dan barangsiapa diberikan catatan amalnya di tangan kanannya mereka akan membaca catatannya (dengan baik), dan mereka tidak akan dirugikan sedikitpun. Dan barangsiapa buta (hatinya) di dunia ini, maka di akhirat dia akan buta dan tersesat jauh dari jalan (yang benar)."
(Surah Al-Israa': 71-72)

Siapalah aku untuk cuba memahami sifat manusia yang tidak mahu menerima? Kerna yang Maha Memahami hanya satu, Allah yang Maha Mengetahui. Kembalilah kita kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Kita tak menjumpainya kerana kita tak mencari. Tidak ada istilah pencen dalam menuntut ilmu agama. Tanpa ilmu (agama), seseorang agak sukar untuk mendapatkan hidayah Allah.

"Dan orang-orang kafir berkata, "Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) tanda (mukjizat) dari Tuhannya?" Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan memberi petunjuk kepada orang yang bertaubat kepada-Nya".
(Surah Ar-Ra'd: 27)

"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kesyirikan, mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
(Surah Al-an'am: 82)

Siapa yang menciptakan segala perasaan dalam hati kita? Allah. Kebahagiaan? Allah. Ketenangan? Allah. Subhanallah, jika kita betul-betul kenal Allah, Pemilik segala sesuatu, pasti kita akan mencintainya melebihi segala-galanya, tak kenal maka tak cinta, dengan mengingati Allah, jiwa akan tenang. Subhanallah.

Di dalam sebuah hadis Qudsi, Allah berfirman:

"Aku bergantung pada persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, Aku pasti bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Maka jika ia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku akan menyebutnya dalam Diri-Ku, jika ia mengingat-Ku dalam suatu jamaah, Aku akan menyebutnya dalam suatu jamaah yang jauh lebih baik daripada mereka, jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekat kepadanya sehasta, jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku akan mendekat kepadanya sedepa, jika dia mendekat kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari."
(Muttafaq-A'laih)

Sesungguhnya, Allah tidak pernah dan tidak akan memungkiri janji-Nya

Wednesday, March 9, 2011

INSPIRATION.."SINAN THE GREAT ARCHITECT"

MIMAR KOCA SINAN ( Arkitek Terulung Sinan ) dilahirkan pada 15 April 1489 di Agirnaz, Turki dan meninggal dunia pada tahun 1588 di Istanbul, Turki.

Kisah hidup Sinan memaparkan kegigihannya membangun kehidupan baru dalam sinar kebenaran. Berasal dari keluarga pengukir miskin yang beragama Kristian, Sinan bercita-cita untuk menyertai tentera elit kerajaan Uthmaniah setelah melihat kehebatan anggota tentera itu sewaktu memasuki kampungnya.

Kejayaannya dalam pembinaan jambatan sewaktu kempen ketenteraan Uthmaniah telah merubah kehidupannya apabila dia dilantik sebagai Arkitek Diraja dan diberi segala bentuk kemewahan.

Namun sinar kebenaran agama suci yang dianuti membendung dirinya daripada bersikap bongkak dan angkuh menerusi senibinanya.



Sumbangan utama tokoh ini dalam bidang senibina. Tokoh yang digelar arkitek diraja ini telah berjaya membina sebanyak 360 binaan termasuk masjid, sekolah, muzium, istana, maka, jambatan dan pelbagai lagi dalam tempoh 50 tahun.

Jejaknya boleh kita lihat di Turki. Ketokohan Mimar Sinan diakui oleh Ilmuwan masa kini antaranya Dr. Muhammad Fauzi Mohd Zain (Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Kebangsaan Malaysia) yang menerangkan konsep senibina Masjid Sulaimaniyye dari segi pencahayaan dan akuistik. Sementara Prof. Dr. Metin Sozen (Fakulti Senibina, Universiti Mimar Sinan, Istanbul Turki) menerangkan teori Mimar Sinan dalam pengukuhan tapak binaan sebelum mendirikan bangunan.
***

Dalam mengejar cita-cita untuk menjadi arkitek Islam yg berjaya,ilmu agama jangan sekali-kali diabaikan.Peringatan buat diri ana juga.Siapa-siapa yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina harap tidak mensia-siakan peluang yang ada..kerana Islam memerlukan golongan-golongan profesional seperti kalian untuk menaikkan semula martabat Islam itu sendiri ..

Sedikit perkongsian tambahan..Sekarang ana tengah cuti final sem..kalau ada rezeki umur panjang insyaAllah masuk maincamp September ni..Ana ambil bidang seni bina ni la masa duduk matrik dulu..Dulu tak minat pun bab lukis-lukis ni,ana lagi suka belajar dalam bidang agama tapi apakan daya dah dapat yang tu ana teruskan je..sebab ana yakin setiap yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya..Alhamdulillah,selama 2 tahun ana menceburi bidang ni ana boleh je survive walaupun takde basic langsung.Bila dah masuk bidang ni rasa macam pemikiran lebih terbuka.Dulu pemikiran agak terbatas la jugak,ingat orang yang menceburkan dalam bidang profesional ni kurang pengetahuan tentang Islam sebab busy sangat dengan hal masing-masing, tapi pendapat ana tu tak boleh pakai.Ada orang kata," biarkan orang yang betul-betul menguasai dan benar-benar mendalam dalam ilmu agama meneruskan bidangnya, terutamanya yang belajar di madrasah dan tahfiz. Sekarang sudah cukup ramai, maka kemahiran dalam bidang lain juga amat diperlukan di tengah-tengah umat ini ketika orang cina dan india memenuhinya."

Tiba-tiba terlintas dalam fikiran,"btul gak tu,kalau bukan diri sendiri yang mulakan nak harapkan siapa??..takde dah alasan "ilmu tentang Islam tak cukup lagi sebab aku belajar dalam bidang profesional"..."dulu aku bukannya skola agama pn,skola biasa je"...tak jadi masalah selagi ada kemahuan,Allah pasti tunjukkan jalan..pandai-pandai la bahagikan masa kalau nak jadi orang yang profesional dalam masa yang sama thaqafah pun mantap!!!..Sekarang ramai je yang dah jadi profesional ustaz & profesional ustazah kan...kalau orang lain boleh,kita pun boleh la maksudnya..rasanya smpai situ je perkongsian kali ni..maaf la tak pandai sangat bab-bab mengarang ni..yang penting mesej sampai..wassalam..^^

Monday, March 7, 2011

APA SUMBANGAN KITA?

Tadi, masa adik pergi beli makanan dekat kedai, saya hanya tunggu di kereta, kedengaran kisah Imam Syafie di corong radio. Part yang menarik tangkai hati saya untuk mendengar sehingga habis
Imam Syafi'e mula mengeluarkan fatwa ketika umurnya 20 tahun
Saya teringat juga, umur 19 tahun,Sultan Muhammad Al-Fateh telah memimpin Empayar Turki Uthmaniyah, manakala menakluk kota Konstantinopel tatkala umurnya 21 tahun.


Umar Al-Mukhtar (Asad Ash-Shuhra') juga, menjelang umur 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau ketika itu.


Ramai lagi yang kiranya jika ingin saya senaraikan semua tidak sempat mungkin, yang pada usia remajanya sudah menyumbangkan diri untuk Islam. Sekadar tasyji' buat diri saya sendiri. Saya tanyakan soalan ini pada diri saya di hadapan cermin,


"Mereka melakar nama mereka dalam sejarah Islam, awak buat apa?"


Saya merenung langit mencari apa entah, jawapan mungkin. Umur sudah hampir mencecah angka 2 di hadapan. Apa yang sudah saya lakukan sebagai bukti saya memperjuangkan Islam?



Bismillah..sedikit perkongsian ringkas buat yang sudi membaca entry terbaru sahabat ana ni & sekadar tasyji' untuk ana sendiri...Kredit buat ima..syukran ima!!..Tanya pada hati kita..apakah sumbangan kita untuk Islam?.."aku tak layak", "aku tak mampu", "aku sibuk" , "aku nak study" , "aku belum bersedia", "ilmu tak cukup lagi"..jawapan-jawapan ini yang sering kita dengar apabila berbicara soal jihad.Itukah jawapan kita pada Allah di akhirat kelak??wahai saudara se-Islamku,tidakkah kalian sedih melihat perihal rakan-rakan kalian yang bergelumang dengan nafsu,maksiat dan dosa??sedangkan kita hanya mampu berkata "ape lah diorang ni", "teruklah diorang ni"..hijrahkanlah diri kalian,kemudian ubahlah rakan-rakan kalian.

Ana sedih melihatkan perihal umat Islam masa kini yang hanya tahu bercerita perihal keadaan saudara se-Islam tetapi masih bersenang lenang mengabaikan kewajipan sebagai seorang muslim..meninggalkan solat bagaikan perkara biasa..seolah-olah solat fardu itu bukan satu kewajipan...Ya Allah..bukakanlah hati-hati mereka untuk menerima Hidayah-Mu..amiiin..

"Wahai orang-orang yang beriman,barangsiapa di antara kamu yang keluar dari agamanya,maka kelak akan didatangkan suatu kaum,Dia mencintai Allah dan Allah mencintai mereka,dan bersikap lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman,tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir,yang berjihad di jalan Allah,dan tidak takut kepada celaan orang-orang yang suka mencela.Itulah kurnia Allah yang diberikan kepada siapa yang dikehendaki-Nya,dan Allah Mahaluas(pemberian-Nya),Maha mengetahui"
(Al-Maidah:54)

Juga khas buat penyambung mata-mata rantai perjuangan Rasulullah.Bagaimana khabar iman hari ini??dan bagaimana dengan hati??semoga Allah berikan ketetapan pada hati dalam menyusuri jalan yang panjang ini.

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka,mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh dan terbunuh.Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah?Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan itulah kemenangan yang besar."
(At-Taubah:111)


Sedikit perkongsian tambahan,baru-baru ini ana rasa semangat ana semakin hilang..maklumlah baru beberapa hari berpisah dengan sahabat2 ana..Bila balik di negeri sendiri baru ana sedar tarbiyyah di kampus tidak sama dengan tarbiyyah di negeri sendiri..Hampir-hampir sahaja ana putus asa tetapi Allah wasilahkan sahabat baik ana untuk bagi tasyji' pada ana..Alhamdulillah...terima kasih ati!!


Mari tanyakan pada hati kita,pantaskah kita mengeluh??sedangkan orang yang berjihad di jalan Allah itu telah dijanjikan syurga.mari kita tengok sejenak,potret sebuah negeri dimana perjuangan dan pengorbanan tidak pernah kenal erti LELAH.
"BUMI PALESTIN"


Renung-renungkan..ujian yang menimpa kita terlalu kecil jika dibandingkan dengan mereka.
semoga istiqamah dalam menjalankan gerak kerja dakwah kalian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...