Tuesday, April 5, 2011

"KHILAFAH PASTI KEMBALI"

Sekali pandang entry kali ni macam takde kaitan degan tajuk kan.tapi mana boleh tengok je kena baca dulu.hehe..Bagi yang tak pernah tengok cerita "The Lion King" ni,boleh la baca sinopsis cerita ni tapi dalam bahasa inggeris la..belum dialih bahasa lagi..jangan risau bahasa yang digunakan mudah difahami..hhehe..

~Plot summary of "The Lion King"~
A young lion prince is born in Africa, thus making his uncle Scar the second in line to the throne. Scar plots with the hyenas to kill King Mufasa and Prince Simba, thus making himself King. The King is killed and Simba is led to believe by Scar that it was his fault, and so flees the kingdom in shame. After years of exile he is persuaded to return home to overthrow the usurper and claim the kingdom as his own thus completing the "Circle of Life"

Baru-baru ni buka youtube..tengok la klip video yang kat bawah ni..adik-adik kat rumah ni bukan main suka lagi..siap suruh abi belikan cd "The Lion King" lagi tu.."adeyh,mana la nak cari lagi cerita macam ni sekarang dik..ni cerita zaman akak kecik-kecik dulu"..hehe..rindu plak zaman kanak-kanak..sekarang dah besar,umur pn dh nak masuk 20'an dah..cepatnya masa berlalu kan..

~thumbs up!! for lucky 90's kids~



"Circle of Life"
From the day we arrive on the planet
And blinking, step into the sun
There's more to see than can ever be seen
More to do than can ever be done


There's far too much to take in here
More to find than can ever be found
But the sun rolling high
Through the sapphire sky
Keeps great and small on the endless round

It's the Circle of Life
And it moves us all
Through despair and hope
Through faith and love
Till we find our place
On the path unwinding
In the Circle
The Circle of Life

Kenapa terfikir nak post klip video ni dekat blog???..hmmm..rasa-rasanya pasal apa?? cuba tengok tajuk lagu tu..."Circle of Life"..tengok tajuk je tau yang lagu tu selingan je..sapa-sapa yang rasa nak nyanyi,takde masalah..bila tengok tajuk lagu tu teringat Firman Allah ta'ala dalam surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud,

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur engkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka (fasiq). (TMQ An-Nur [24]:55)

Imam Asy-Syawkani pula berkomentar dalam Fath al-Qadir (4/74), Ini adalah janji Allah kepada mereka yang meyakini Allah dan melakukan kebaikan, bahawa Allah akan memberikan kekuasaan di dunia kepada mereka. Sebagaimana Dia memberikan kepada umat sebelumnya. Janji ini berlaku bagi umat secara keseluruhan. Ada anggapan bahawa janji ini berlaku bagi generasi sahabat tapi tiada bukti untuk mendukung kenyataan tersebut, kerana memiliki keyakinan (iman) dan melakukan kebaikan (amal soleh) tidak dibatasi bagi para sahabat sahaja bahkan terbuka bagi setiap individu yang menjadi bahagian umat.

Rasulullah SAW bersabda: Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.[HR Ahmad dan Baihaqi dari Numan bin Basyir dari Hudzaifah r.a]

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...