Monday, August 22, 2011

GOLONGAN PERTAMA DICAMPAK KE NERAKA


Bismillah... hari ni nak ambil masa sikit untuk kongsi sesuatu dari majalah Solusi isu ke 33 yang kat bawah ni. lama dah nak post cuma masa tak mengizinkan.. Alhamdulillah diberi peluang hari ni. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua..^_^


Lepas baca salah satu entri dari majalah ni baru saya tau, orang baik pun ada penyakit rupanya.. Hayati hadis di bawah:

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya manusia pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seorang yang mati syahid. Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat2 yang pernah diberikan kepadanya. Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.
Allah bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat2 ini?" Orang itu menjawab: "Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh."
Allah berfirman: "Engkau berdusta! Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."
Dan sememangnya orang ramai menyebutnya sebegitu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmu, mengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.
Allah lalu bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat2 ini?"
Dia menjawab: "Aku mempelajari ilmu lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."
Allah berfirman: "Engkau berdusta! Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim, dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz)."
Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Allah memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan nikmat2 Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya.
Allah bertanya: "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat2 ini?"
Dia menjawab: "Aku membelanjakannya di tempat2 yang engkau kehendaki."
Allah berfirman: "Engkau berdusta! Akan tetapi engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."
Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."

(HR. Muslim)

Penyakit orang baik yang dimaksudkan dalam hadis di atas ialah Riyak dan Sum'ah. Klik definisi untuk mengetahui maksud kedua-dua perkataan di atas. Semoga Allah melindungi kita dari siksaan api neraka dan mengampunkan segala dosa yang telah kita lakukan samada dalam keadaan sedar atau tidak.. Sama-samalah kita perbetulkan niat amalan kita semata-mata kerana Allah s.w.t

*****

p/s: Bagi sesiapa yang belum pernah belek majalah ni, saya sarankan supaya anda memulakannya. tak kira la isu yang ke berapa sekalipun.. insyaAllah tak rugi beli sebab perisian dalam majalah ni kita boleh baca bila-bila masa dan boleh dijadikan sumber rujukan untuk masa akan datang. wallahu'alam

Thursday, August 18, 2011

AL-KISAH MALAM 19 RAMADHAN



Bismillah...Alhamdulillah tanpa kita sedari sudah masuk 19 hari kita berpuasa.Macam mana agaknya graf amalan kita sepanjang Ramadhan ni??meningkat?..menurun?..atau turun naik??..Apa2 pun hanya Allah yang mampu menilai.Semoga segala amalan kita diterima Allah swt..amin...

*****

Mesti pelikkan tengok gambar kat atas tu..Apa pasal la upload gambar mata?Apa la agaknya yang saya nak kongsi kali ni..Kenapa ea saya letak tajuk tu "Al-kisah malam 19 Ramadhan"??hmmm....Semuanya berkaitan dengan peristiwa yang saya alami dan peristiwa tu telah berlaku pada malam tersebut..satu peristiwa yang saya takkan lupa..rasa macam Allah menegur saya malam tu..Alhamdulillah Allah buka mata dan hati saya malam tu.Ya Allah,ampunilah aku atas kesilapan yang lalu..Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk semua yang membacanya.


Lepas buka puasa 18 Ramadhan,tak seperti hari2 sebelum..biasanya lepas berbuka terus solat maghrib,baca quran... tapi entah kenapa masa tu rasa macam nak solat lewat sikit..Rasa macam malas nak pergi solat terawih pun ada.macam-macam la..Boleh katakan hari tu diserang penyakit 'M'... penyakit MALAS..adeyh!!!memang tak suka la kalo penyakit ni datang.Apa yang dibuat rasa macam tak ikhlas tapi cuba juga untuk ikhlaskan diri..

Mujurlah malam tu ayah ajak pergi terawih.Jadi saya pergi la dengan harapan dapat ikhlaskan diri..tapi terawih malam tu sampai masjid lewat sikit..sampai2 ja bilal dah iqamat untuk solat isyak dan saya pun terus solat sekali..Lepas selesai solat isyak macam biasa tengok la ahli jemaah sekeliling.."hmmm...nampaknya hari tak ramai yang datang,tak macam awal2 Ramadhan hari tu..ramai.."



Tiba2 mata terpaku melihat drama seorang ibu dan anaknya..si ibu nampaknya sibuk membetulkan kain telekung si anak yang berumur dalam lingkungan 6 ke 7 tahun.Terlintas dalam hati "rajin adik ni pergi terawih,kalau aku macam dia dulu tak pergi terawih pun,duduk rumah tengok tv agaknya..ish2..teruknya aku...kagumnya dengan adik ni"...dan satu perkara yang membuatkan saya semakin kagum,adik tu sangat "istimewa" jika dibandingkan dengan ahli jemaah yang lain kerana dia seorang yang "buta"...Rasa terharu sangat tengok adik tu.. Walaupun dia buta tapi tak jadi masalah untuk dia solat terawih berjemaah di masjid..Alhamdulillah,Allah telah wasilahkan adik tu untuk membuka mata dan hati saya..Terima kasih Ya Allah...

*****

Bersyukurlah dengan anugerah yang Allah berikan pada kita..sedangkan orang kurang upaya pun tahu bersyukur..caranya sangat mudah,kita hanya perlu banyak dekatkan diri dengan Allah..gunakan segala pancaindera yang kita ada tak kira dengan apa cara sekalipun untuk sama2 kita manfaatkan Ramadhan yang masih berbaki ni..kalau takda alasan yang munasabah tu janganlah sengaja meninggalkan solat terawih ok.Walaupun terawih tu hukumnya sunat,kena ingat yang kita jumpa Ramadhan sekali ja dalam setahun,apa salahnya kita korbankan sedikit masa untuk tambah pahala kan...Kita tak tahu samada kita sempat atau tak jumpa bulan Ramadhan lagi..renung-renungkan...wallahu'alam



Saturday, August 6, 2011

JOM PUASA IKUT SUNNAH RASULULLAH




Sahabat yang dihormati Allah, Alhamdulillah masih diberi peluang untuk meneruskan ibadah di bulan yang penuh keberkatan ini. Ini tanda Allah masih sayang kepada hamba-hambanya. Sedar tak sedar dah masuk 10 hari umat Islam berpuasa. Agak-agak macam mana penilaian Allah terhadap puasa kita dalam masa 10 hari ni. Apa pula penilaian-Nya terhadap ibadah puasa kita esok, lusa ,tulat dan hari2 yang seterusnya. Persoalannya; bagaimana tips-tips yang diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk berpuasa agar ibadah puasa kita dinilai tinggi oleh Allah? Mari kita lihat satu persatu.




Rasulullah s.a.w Bersahur



Rasulullah menganjurkan kita untuk bersahur sebelum aktiviti menahan diri dari makan dan minum di siang hari dimulakan. Bagaimana Rasulullah s.a.w bersahur? Bersahur bukanlah dilakukan ditengah malam, tetapi ia dilakukan di awal pagi, iaitu waktu yang sangat hampir dengan waktu solat subuh. Bersahur juga memberi kesegaran untuk kita menghabiskan hari siang kita dengan berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda:


حدثنا آدم بن أبي إياس حدثنا شعبة حدثنا عبد العزيز بن صهيب قال سمعت أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه و سلم ) تسحروا فإن في السحور بركة )


Dari Anas Bin Malik r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersahurlah kerana pada sahur itu terdapat keberkatan.(HR: al-Bukhari)


Rasulullah s.a.w juga menekankan kepada kita untuk bangun bersahur kerana ia adalah salah satu dari cirri-ciri bersahur orang Islam. Sabdanya:



حدثنا قتيبة بن سعيد حدثنا ليث عن موسى بن علي عن أبيه عن أبي قيس مولى عمرو بن العاص عنعمرو بن العاص أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال:


فصل ما بين صيامنا وصيام أهل الكتاب أكلة السحر


Bermaksud: Perbezaan antara puasa kami dengan puasa ahlu al-Kitab adalah makan sahur (HR: Muslim)


Rasulullah Menyegerakan Berbuka



Tidak melewat-lewatkan berbuka puasa adalah salah satu tips berpuasa yang di ajar oleh Rasulullah. Ini kerana, perbuatan itu sangat mendatangkan kebaikan untuk mereka yang menahan diri dari makan dan minum.



Rasulullah s.a.w di dalam hadithnya menerangkan kepada kita seperti mana yang dilaporkan oleh al-Bukhari & Muslim:



عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " لا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ "


Bermaksud: Manusia itu akan terus berada dalam kebaikan selagi mana dia menyegerakan berbuka puasa.


Perbuatan melambat-lambatkan berpuasa puasa adalah salah satu perbuatan yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat kita sering melihat perkara ini sebagai satu isu remeh. Apa yang terjadi dalam rata-rata masyarakat kita di Malaysia, ketika masuknya waktu solat maghrib (waktu untuk berbuka puasa), mereka masih lagi berada di bazaar-bazar ramadhan untuk membeli juadah mereka. Penjual juga masih lagi melayan pelanggan tanpa terus berbuka walaupun azan maghrib telah berkumandang. Ibu-ibu di rumah pula masih berada di dapur menyiapkan juadah berbuka puasa ketika azan maghrib bergema. Ini kerana melewat-lewatkan berbuka puasa adalah amalan Yahudi dan Kristian.



Persiapan seharusnya dilakukan dengan segera agar seruan Rasulullah s.a.w untuk kebaikan umatnya dapat diamalkan sebaiknya. Rasulullah telah bersabda di dalam satu hadithnya yang dilaporkan oleh Abu Daud & Ibn Majah yang sanadnya berstatus hasan seperti yang dinilai oleh al-Albani r.h:



قال النبي صلى الله عليه وسلم : " لا يزال الدين ظاهراً ما عجل الناس الفطر لأن اليهود والنصارى يؤخرون "


Bermaksud: Agama ini akan sentiasa zahir (jelas) selagi mana umatnya menyegerakan berbuka puasa, ini kerana orang-orang Yahudi dan Kristian, mereka melewat-lewatkannya.


Dikeluarkan dari Musannaf Abdul Razzak dan Fathul Bari (kitab syarah sahih al-Bukhari) ‘Amr Bin Maimun r.h berkata:


وقال عمرو بن ميمون الأودي رحمه الله : " كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم أسرع الناس إفطارا ًوأبطأهم سحوراً "


Bermaksud: Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling cepat (ketika) berbuka puasa dan yang paling lewat (ketika) bersahur.


وعَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي عَطِيَّةَ قَالَ :


دَخَلْتُ أَنَا وَمَسْرُوقٌ عَلَى عَائِشَةَ فَقُلْنَا يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ : رَجُلانِ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَأَحَدُهُمَا يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ، وَالآخَرُ يُؤَخِّرُ الإِفْطَارَ وَيُؤَخِّرُ الصَّلاةَ ..


قَالَتْ : أَيُّهُمَا الَّذِي يُعَجِّلُ الإِفْطَارَ وَيُعَجِّلُ الصَّلاةَ ؟


قَالَ قُلْنَا عَبْدُ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ مَسْعُودٍ .


قَالَتْ كَذَلِكَ كَانَ يَصْنَعُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .


Bermaksud: Dari Abi ‘Atiyyah katanya: Aku dan Masruq telah bertemu Ummu al-Mu’minin r.anha dan kami berkata kepadanya: “Dua orang lelaki dari sahabat Muhammad s.a.w, salah seorang darinya mempercepatkan berbuka dan mempercepatkan solat, manakala seorang lagi melewatkan berbuka dan melewatkan bersolat...” Ummu al-Mu’minin berkata: “Siapakah diantara mereka berdua yang mempercepatkan berbuka dan menyegerakan bersolat?” Kami berkata: “Abullah iaitu Ibn Mas’ud.” Kata (Ummu al-Mu’minin): “Perbuatan (menyegerakan berbuka) Itulah yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w”.


Berbuka dengan beberapa biji kurma



Antara kaedah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w adalah memulakan memakan beberapa biji kurma basah ketika berbuka puasa. Ini untuk memudahkan dirinya bersolat dalam keadaan tidak terlalu kenyang. Pernah diriwayatkan dari Anas Bin Malik, seperti yang dilaporkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi katanya:



حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ : حَدَّثَنِي أَبِي ، قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ ، قَالَ : حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ ، قَالَ : حَدَّثَنِي ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " كَانَ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ ، فَإِنْ لَمْ يَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتَمَرَاتٌ ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَمَرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ "


Bermaksud: Rasulullah s.a.w apabila baginda berbuka puasa, baginda berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, baginda berbuka dgn kurma kering. Jika tiada kurma kering, baginda berbuka dengan beberapa teguk air.


Ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ramai diantara kita yang sering meninggalkan sunnah ini. Mereka menyegerakan berbuka puasa serta makan dan minum sehingga kekenyangan lalu melewatkan bersolat maghrib. Rasulullah makan dengan beberapa biji kurma, kemudian bersolat. Apabila Rasulullah s.a.w terasa lapar, Rasulullah s.a.w makan selepas baginda solat.





Tidur Qailulah



Nabi s.a.w mengajarkan kepada kita agar sentiasa cergas ketika berpuasa di siang hari dan bersemangat melakukan amal ibadat di malamnya. Antara kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah dengan tidur sebentar sebelum solat zohor, perbuatan itu dinamakan dengan Qailulah. Ini untuk memudahkan kita bangun di waktu malam mengerjakan amal ibadat.



Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Ibn Majah:


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَاسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ


Bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda; Carilah kekuatan melalui sahur untuk puasa keesokan hari dan melalui Qailulah (tidur sekejap sebelum Zohor) untuk mendirikan ibadah malam.


Apa yang terjadi hari ini pada sesetengah masyarakat kita, mereka tidak menerapkan sunnah ini bahkan perbuatan mereka menyalahi sunnah ini. Mereka terutama anak-anak muda menghabiskan waktu siangnya dengan tidur sepanjang hari dan hanya bangun untuk berbuka puasa sahaja. Berpuasa bukanlah bulan tidur kerana keletihan. Puasa adalah bulan untuk melakukan seberapa banyak amalan sunnah kerana padanya pahala dilipatgandakan.



Menjaga Lidah



Terlalu rugi jika kita berpuasa, tetapi tidak mendapat sedikitpun pahala dari amalan tersebut. Akibatnya, kita hanya mendapat lapar dan dahaga. Antara faktor berlaku kerugian rohani tersebut adalah kerana tidak menjaga lidah. Mengumpat, mencaci, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah, mengadu domba, banyak bercakap, berbohong, menyanyi lagu-lagu yang lagha juga dilakukan ketika berpuasa.



Umumnya perbuatan ini adalah perbuatan haram untuk dilakukan walaupun bukan pada bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda dalam sepotong hadith yang dilaporkan oleh Ahmad dan al-Tabarani:



رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ , وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ


Bermaksud: Ramai orang puasa, tetapi balasannya hanya lapar dan dahaga (tiada pahala) dan ramai orang berjaga malam (beribadah) balasannya hanyalah mengantuk (tiada pahala)



Rasulullah s.a.w bersabda lagi dalam sebuah hadith yang dilaporkan oleh Imam al-Bukhari:


وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ


Maksudnya: Apabila seseorang daripada kamu berada dalam hari puasa, maka janganlah ia memaki dan mengherdik orang lain. Andainya ia dicela oleh seseorang atau dimusuhi, hendaklah ia berkata "Saya berpuasa".


Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi sepertimana yang dilaporkan oleh al-Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ


Bermaksud: Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang tidak menghentikan percakapan dusta dan terus melakukannya, Maka Allah s.w.t tidak mempunyai hajat pada orang tersebut untuk dia meninggalkan makan minumnya.



Memberi Makan Orang Yang Berpuasa



Antara amalan dan tips yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk meningkat neraca kita adalah dengan cara menginfaqkan sedikit harta dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka-mereka yang berpuasa. Terlalu besar ganjarannya seperti yang diberitahu Rasulullah di dalam hadith-hadith baginda yang mulia. Antaranya ialah seperti yang dilaporkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah:


مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا


Bermaksud: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa (untuk berbuka puasa), dia akan mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikitpun daripadanya


Bagi mereka yang dijemput untuk berbuka puasa bersama, wajib baginya untuk memenuhi undangan tersebut. Ini kerana, berpuatan membelakangi undangan tersebut dicela oleh Rasulullah dan ianya seoalah-olah telah menentang Rasulullah s.a.w.



Adalah sunnah mereka yang dijemput untuk berbuka puasa mendoakan orang yang menjemput dengan doa-doa yang baik setelah selesai berbuka puasa. Antara doa yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w adalah seperti berikut:



1. اللهم أطعم من أطعمني واسقي من سقاني.


Ya Allah, berilah makan orang yang memberiku makan, dan berilah minum orang yang memberiku minum (riwayat Muslim).



2. اللهم اغفر لهم، وارحمهم، وبارك فيما رزقتهم.


Ya Allah, Ampunkanlah mereka, rahmatilah mereka dan berkatilah apa yang telah kau rezekikan kepada mereka (riwayat Muslim).



Doa Ketika Berbuka Puasa



Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa berdoa ketika berbuka puasa adalah mustajab berdasarkan hadith-hadith sahih yang warid dari baginda s.a.w. Kita disyorkan untuk berdoa apa sahaja yang kita ingini ketika menunggu waktu tersebut. Rasulullah s.a.w bersabda seperti yang dilaporkan Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibn Hibban:


إبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :ثلاثه لاترد دعوتهم : الأمام العادل , والصائم حتى يفطر , ودعوة المظلوم...


Bermaksud: Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, dan doa mereka yang dizalimi...


Rasulullah s.a.w juga mengajarkan cara berdoa ketika berbuka puasa. Berikut adalah doa yang baik untuk dibacakan oleh kita sebagai memenuhi tuntutan ittiba’ al-Sunnah. Imam al-Darulqutni menilai sanad hadith ini sebagai hasan. Doa tersebut adalah:


ذهب الظماء وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله تعالى


Bermaksud: Telah hilang kehausan, telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala-pahala insyaAllah.


Marilah sama-sama kita berpuasa sepertimana puasanya Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang mulia. Semoga puasa kita pada tahun ini mampu mengubah dimensi hidup kita yang bercerminkan sunnah Rasulullah dalam beribadah. Perbanyakkanlah membaca al-Quran dan berzikir, nasihat menasihati serta berdakwah kepada Islam. Jadikan Ramadhan kali ini penuh makna untuk diri kita dan masyarakat. Wallahu A’lam.
<!--[if !supportLineBreakNewLine]-->

<!--[endif]-->


Monday, August 1, 2011

BIASAKAN YANG BETUL,BETULKAN YANG BIASA


Salam Ramadhan semua ..
kali ni nk share artikel dari blog Ustaz Zaharuddin Abd Rahman baca sampai habis ok.
ringkas je post kali ni kan. huhu ....
macam biasa nak bagi panjang sikit post ni .. panjang sikit je ... jom nasyid skali ngan Raihan & Manbai !!! confirm semua tau lagu ni ..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...