Friday, May 14, 2010

PERINGATAN UNTUK SEMUA

Usah menunggu tua untuk bertaubat dan beramal soleh kerana maut itu datang tanpa diduga.Jika mengingati mati, pasti kita akan ketakutan atau bersedih kerana mengingatkan apa yang bakal dihadapi di alam akhirat.

Firman Allah:

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).


Firman Allah:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)



TANDA-TANDA KEMATIAN

SESUDAH ASAR...
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau
tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan
mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja Disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti
kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini
rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini
adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.


TANDA 40 HARI

Tanda ini juga
akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat
Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas
lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan dicabutnya.



TANDA 7 HARI
Adapun tanda
ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang
tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.




TANDA 3 HARI

Pada ketika ini
akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi
kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita
selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini
akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika
ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika
kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana
bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar
ditegakkan.




TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akansempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Wednesday, May 5, 2010

PESANAN RINGKAS SEBAGAI RENUNGAN

~gambar hiasan~


MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada.Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Pelihara solatmu,tundukkan pandanganmu dihadapan lelaki yang bukan milikmu.Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah.Moga dirimu disambut penuh kasih oleh bidadari syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu.Pasti engkau bahagia.Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca.Ikuti perintah agama,jauhi larangan-Nya.Al-quran panduan hidupmu,hadith sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Jangan biarkan dirimu hanyut dalam arus kemodenan tanpa ilmu di dada.Tetapkan iman dan renungi masa depanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI...
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu,kasihi Tuhanmu,redhalah Islam menjadi agamamu.Pasti tiada kecewa buatmu,kelak suatu hari ada yang bakal menantimu.

Disaat-saat resah,Al-quran lah yang paling mujarab kerana ia warkah cinta dari pencipta...Allah adalah kekasih yang paling memahami.Dialah Raja segala cinta,dan dialah sebenarnya pencipta cinta..Berusahalah menggapai cinta-Nya dengan penuh kesabaran,ketakwaan dan keinsafan, kelak kamu hidup dalam kesenangan dan kemudahan...

MAHAR MERAIH SYURGA


Al-quran telah menegaskan bahawa orang-orang mukmin adalah golongan yang sangat mencintai Allah swt dan sangat takut di saat mendengar penyebutan-Nya.Iaitu takut atas keagungan-Nya kerana mengenal Allah dengan pengetahuan yang sebenar.Di antara sifat orang-orang mukmin adalah bertambah imannya di kala mendangar alunan ayat suci Al-quran dan kejernihan hati mereka adalah penyerahan diri secara mutlak dengan bertawakal kepada Allah dalam segala urusan.

Firman Allah swt:"
Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka,bertambah kuat imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal."(Al-Anfaal;2)

Mereka inilah golongan yang diangkat darjatnya disisi Allah swt,diampunkan dosa-dosanya,serta memperoleh rezeki tanpa rasa penat lelah.Itulah keadaan penduduk syurga yang diberi rezeki dengan rahmat dan kekuasaan-Nya.

Firman Allah swt:"
Mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman.Mereka akan memperoleh darjat tinggi disisi Tuhannya dan ampunan serta nikmat yang mulia."(Al-Anfaal;4)

Sifat terbaik yang ada pada orang-orang mukmin adalah ketenangan hati mereka dangan mengingati Allah disaat menghadapi ujian-Nya ketika berhadapan dangan urusan dunia.Zikir kepada Allah adalah ubat paling mujarab sekaligus sebagai solusi kepada ujian dan merupakan rahsia ketenangan hati.

Firman Allah swt:"
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dangan mengingati Allah.Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."(Ar-Ra'd;28)

Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang beriman.Selawat dan salam tercurah ke atas junjungan besar kita Rasulullah saw beserta keluarga dan sahabat beliau.

Monday, May 3, 2010

APPRECIATE WHAT YOU HAVE


I asked Allah why I wasn't rich.
And He showed me a man
with the wealth of thousand kings,
who was lonely,
and had no one to share it with.

I asked Allah
why He allowed me to become old.
And He showed me a boy of 16,
who lay dead at a scene of a car accident.

I asked Allah why I didn't have a biggerhouse.
And He showed me a family of six,
who'd just got evicted from their tiny shack,
and were forced to live on the street.

I asked Allah why I wasn't smarter.
And Heshowed me a natural born genius,
who wasserving life in prison
for making ill use of hisknowledge.

I asked Allah
why He put up with a thanklesssinner like me.
And He showed me His Quran,
and the sacrifices of His beloved Prophet,
and I knew then how much He loved me...

Alhamdulillah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...