Tuesday, December 28, 2010

WE WILL NOT GO DOWN BY MICHAEL HEART



A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Sunday, December 26, 2010

"SIAPA LAGI YANG SUDI TAKDIM KAMI,USTAZ?"


Tahun hadapan umurnya sudahpun menjangkau ke angka 25, bermakna suku abad telah dimamah usia. Tempoh pengajianpun semakin hampir ke hujung semester. Kalau diizinkan Tuhan dia bakal ke pentas graduasi buat kali ke-2.

Tetapi hatinya tetap resah. Bahkan resahnya mengatasi kegembiraan untuk meraih gelaran graduan berijazah sarjana, Semakin masa berlalu, semakin hati bertambah-tambah bimbangnya’

Resah, sampai ke waktu ini hatinya masih belum ‘diisi’ oleh sesiapa!

* * * * *

Demikianlah, detik di hujung hati seorang muslimah. Mungkin bagi kaum Adam, ianya sekadar rasa-rasa yang biasa dan kecil, namun tidak bagi kaum Hawa. Ia sebuah kebimbangan hidup dan mati bagi seorang wanita!

Saya cuba membayangkan, suatu masa dahulu, saya bukanlah dilahirkan sebagai seorang yang bernama ‘
Afiq’ tetapi dilahirkan sebagai ‘Syafiqah’ yang tidaklah memiliki rupa paras yang menawan, apatah lagi untuk mempunyai segala ciri-ciri seorang wanita idaman semua lelaki. Sudahlah kurang cantik, tambahan pula hanya menuntut sebagai pelajar Human Resource di UITM Shah Alam. Saya pasti saya sedang merasa rendah diri dan akan bersedih sampai ke hari ini kerana tiada lelaki yang akan mendampingi saya, jauh sekali ingin melamar saya sebagai teman sehidup-semati.

Iyelah! Sudahlah tidak menawan, title ustazah pun tak ada. Ah! Saya betul-betul tidak dapat membayangkan betapa seksanya menanggung jiwa seorang ‘Syafiqah’ ketika itu.

Artikel ini saya menulisnya bersama-sama ‘jiwa’ seorang ‘
Syafiqah’ agar dapat berkongsi perasaan resah yang mereka (muslimah) alami.

OH MUSLIMAH! OH SYAFIQAH!

Wanita mula memikirkan soal kehidupan mereka apabila usia mereka mulai mencecah awal 20-an. Ia adalah fitrah. Kalaupun mereka buat-buat lupa, rasa itu tetap akan datang dengan sendirinya. Anda (muslimah) mungkin akan merasakan lebih resah dan bimbang apabila anda adalah salah seorang seorang muslimah yang saya nyatakan di atas.

Siapa yang tahu, betapa peritnya ingin menghadapi situasi sebegini. Perasaan ingin berkahwin dan mempunyai pasangan yang halal sudah pasti ada pada hati kecil seorang wanita sebagaimana seorang lelaki. Tetapi banyak sungguh halangan yang membantutkan hasrat itu. Hati wanita mana yang tidak cemburu melihat rakan-rakan seusianya ketika sama-sama menuntut di sekolah sudahpun berkahwin, ada juga yang telah beranak-pinak memiliki cahaya mata.

Kalau sakit, ada tempat untuk merintih, Kalau rindu ada hati untuk mengadu. Kalau cinta, ada insan sudi bermanja.

Begitulah hakikatnya seorang muslimah, soal jodoh sememangnya terlalu berat bagi mereka. Segala-galanya serba tidak kena jika urusan yang satu ini tidak selesai. Paling-paling kurangpun, diusia-usia 25 tahun ini, sudah ada ‘teman tapi mesra’ di sisi walaupun belum comfirm si dia untuk menjadi bakal suami. ITetapi tu lebih baik daripada tiada langsung, kuranglah sedikit kadar keresahan yang bersarang, rezeki masing-masing siapa yang tahu?

Ada satu risiko yang sering menghantui seorang wanita mahupun muslimah, yang tidak ada pada seorang lelaki dalam soal jodoh, iaitu
‘siapa mahu mencari siapa?’

Bagi seorang lelaki, mencari jodoh itu bukanlah masalah 'umat' yang terbesar untuk diri mereka, kalau terasa mahu berkahwin, bila-bila masa sahaja mereka boleh berusaha. Kena
reject tu biasalah, kata lelaki? Namun, pernahkan anda terfikir ianya suatu yang sukar bagi seorang wanita? bukan mudah-mudah mahu mencari jodoh, nanti akan disindir sebagai wanita murahan yang terhegeh-hegeh.

Pepatah ‘Ketuanan’ Melayu ada menyebut:
‘Jangan menjadi perigi yang mencari timba’

Adakah seorang lelaki pernah sesekali memikirkan kondisi tersebut? Lelakikan ego!

Saya percaya, kalaulah tiada dicipta pepatah
‘perigi mencari timba’ sudah pasti separuh daripada keresahan seorang wanita itu akan hilang. Mereka bebas menentukan soal jodoh mereka tanpa ada rasa malu dan tertekan. Muslimah boleh terus menyambung pengajian atau kerjaya mereka walaupun ketika itu usia mereka akan menjangkau 30 tahun tanpa sibuk memikirkan siapakah bakal jodohku nanti.

Ketika itu, barulah lelaki tahu betapa mahalnya harga wanita yang bernama muslimah. Jangan terkejut kalau ada lelaki yang sanggup menangis-nangis hanya untuk memiliki wanita biasa. Menyesal tak sudah!

WAHAI LELAKI, HILANGKAN RESAH MEREKA (WANITA)

Lelaki, anda sahajalah harapan bagi seorang muslimah untuk merungkai segala keresahan yang ada di jiwa mereka. Mereka inginkan anda menjadi pendamping mereka untuk selama-lamanya sampailah ke syurga nanti, mereka juga sanggup sekiranya ditakdirkan untuk berkorban apa sahaja jika itulah yang dapat membahagiakan insan yang mereka sayang.

Lelaki, cobalah memahami hasrat hati mereka yang satu ini.

Mereka muslimah yang telah diciptakan sebagai perawan yang harus menitipkan malu dalam diri sebagai perhiasan agung.

Dengan itu, lelakilah yang selayaknya menjadi pendahulu dalam segala hal yang berkaitan dengan jodoh. Muslimah bukanlah tidak boleh manjadi pendahulu, tetapi fitrah mereka diciptakan untuk menerima cinta bukanlah mencari. Hati mereka untuk diisi bukanlah mengisi.

Justeru, lelaki tidak boleh bersikap malu untuk menentukan jodoh mereka. Kalaulah anda wahai lelaki malu untuk melamar seorang muslimah, malu itu lebih berganda-ganda pada seorang muslimah. Takkanlah anda mahu mendengar:


‘Ustaz, saya mahu melamar ustaz sebagai bakal suami saya, sudikan ustaz menerima lamaran ini?’


Ah! Mustahil dan janggal. Kerja ini seharusnya dimulakan oleh seorang lelaki.

Dalam masa yang sama, lelaki tidak harus bersikap memilih dalam usaha mencari bakal muslimah yang diinginkan. Apa salahnya jika anda menurunkan sedikit kadar
kecerewetan anda dalam soal jodoh jika muslimah yang sudah ada di depan mata itu telah memiliki sedikit-sebanyak ciri-ciri yang dikehendaki oleh agama. Apa kurangnya wanita yang tidak berkaca mata, tidak mancung hidungnya, tidak ramping tubuhnya, tidak putih kulitnya, jika akhlaknya seindah pekerti Saidatina Aisyah r.ha.

Jika anda memilih wanita kerana cantiknya, bahawasanya rupa itu akan pergi apabila tiba usia tua, yang tinggal hanyalah agamanya (akhlaknya) untuk membahagiakan anda.

Kalaulah lelaki memahami ini semua, saya percaya wanita adalah manusia yang paling bahagia jika dikurniakan anugerah seperti ini.

YAKINLAH!

Saya sering memikirkan, mengapakah diciptakan seorang wanita itu dalam keadaan yang lemah dan di samping mereka didatangkan dengan pelbagai ujian yang kadangkala seorang lelaki sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Rupanya, disebalik kesusahan itu ada ikhtibar dan kurniaan lain untuk kegembiraan mereka, iaitu jalan mereka untuk ke syurga sangat mudah.

Muslimah jangan terus bersedih dengan keresahan apabila memikirkan soal jodoh yang tidak kunjung tiba. Jangan pula terlalu merendah diri, jika tidak mempunyai paras rupa cantik untuk terus berputus-asa dalam kehidupan. Perjalanan jodoh ini terlalu jauh dan luar biasa.

Muslimah tidak harus kalah dengan akhlak dan budi pekertinya walaupun pada diri anda memiliki sedikit kekurangan fizikal. Sebagaimana anda yakin dengan janji ALLAH yang lain, percayalah kata Tuhan pada ayat
‘At-Thoiyibuna litthoiyibaat’ akan berpihak kepada anda suatu hari nanti. Anda cuma perlu berkorban dengan budi yang baik, pastinya pulangan untuk anda adalah seorang lelaki yang soleh sebagai ganjaran.

Saya terlalu yakin, tiada seorang muslimah yang molek pekertinya (akhlak) dibenci oleh seorang lelaki. Saya seorang ‘
Afiq’, jadi saya tahulah apakah kehendak dan naluri seorang lelaki.

Akhirnya, ‘
Syafiqah’ tidak perlu resah lagi, jika suatu ketika nanti semua lelaki di dunia ini sempat membaca artikel ini dan memahami apakah isi hati seorang muslimah.

Saturday, December 11, 2010

NIKAH KHITBAH SATU ALTERNATIF


Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia.

Firman Allah swt yang bermaksud :

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (Surah An-Nuur : Ayat 32)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad (Ijab Qabul)

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh) :

  • Masih menuntut di kolej atau universiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing-masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan di atas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.





Kelebihan Nikah Gantung

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Penerimaan Masyarakat

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan) menjangkau tahun lamanya.

Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung. Ia pernah dikaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara.

Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'/bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material) . Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.

b] Pandangan jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan) , jima'/bersetubuh , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa ; bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

- Artikel iluvislam.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...